stripes

3.27.2010

cuci

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu,
dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati,
diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah
satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah,
jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X
sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3 Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan
menenangkan minda.

4 Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa
meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
Katakan lah: "Aku
sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak
aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari
melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan
sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak
pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan
dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."


Tazkirah hari ini..

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SA.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis.. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda
itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa
kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu
Bakar r..a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan
Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa
menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah
orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W
dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat
itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu
mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai
para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan
sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T
seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor
ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua
hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya
sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga
kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA
DIAMALKAN.

1 comment: