stripes

3.27.2010

emel...

>>Tanda-tanda kematian
>>
>>
>>Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud cuma
amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat
dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran
menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
>>
>>
>>
>>
>>Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini
sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut
secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan
termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai
bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.
>>
>>
>>Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT
tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan
adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
>>
>>
>>
>>
>>Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang
Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah
nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai
dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi
kepada beberapa keadaan :
>>
>>
>>Tanda 100 hari sebelum hari mati.
>>
>>
>>Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging
tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal
>> kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang tinggal untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>Tanda 40 hari sebelum hari mati
>>
>>
>>Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan
mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
>>
>>
>>
>>
>> gambar hiasan
>>
>>
>>Tanda 7 hari
>>
>>
>>Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.
>>
>>
>>
>>
>>Tanda 3 hari
>>
>>
>>Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
>>
>>
>>
>>
>>Tanda 1 hari
>>
>>
>>Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
>>
>>
>>
>>
>>Tanda akhir
>>
>>
>>Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.
>>
>>
>>
>>
>>
>>
>>Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita
adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat
persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT
mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang
kita.
>>
>>
>>Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi
pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita
sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT
semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga
kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Wallahualam
>>
>>
>>
>>
>>Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan
silap itu adalah dari kelemahan saya sendiri.
>>
>>
>>* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya
salah memberikan info
>>
>>
>>
>>
>>Amirullah
>>~ Ilmu hak bersama.. ~

1 comment:

  1. ya kaa..?
    bukan tiada sapa tahu bila ajal akan dtg ka..?
    kena tny ustaz ni.ermm

    ReplyDelete